Shadow Word generated at


Sunday, March 28, 2010

Cinta bersandarkan nafsu


KUALA LUMPUR: Matlamat cinta remaja lelaki tidak sama dengan remaja perempuan kerana ia bersandar keinginan seksual dan mahu menyahut cabaran rakan sebaya tetapi tidak sanggup bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Antara maklum balas yang diberikan remaja lelaki dalam kajian dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ke atas pelajar di lima sekolah menengah di negara ini, sekiranya teman wanita hamil, mereka akan menuduh kehamilan disebabkan perempuan itu mengadakan hubungan dengan lelaki lain, melarikan diri malah sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.


Sedangkan remaja perempuan beranggapan teman lelaki akan menjadi suami dan ia menyebabkan mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga tanpa mengetahui matlamat cinta remaja lelaki.


Pengarah Bahagian Reproduktif Manusia LPPKN, Dr Norliza Ahmad, berkata akibat kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam perhubungan antara wanita dan lelaki menyebabkan kes kehamilan turut membabitkan remaja perempuan yang mempunyai tahap akademik yang baik.


“Kes kehamilan di kalangan remaja turut membabitkan mereka yang mempunyai kelayakan akademik tinggi kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam soal berkenaan menyebabkan mereka gagal mengawal emosi dan tekanan terhadap perasaan dan akhirnya terperangkap,” katanya.


Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) Remaja LPPKN pada forum Konsultatif PKRS Apa Acuan Malaysia?, di sini semalam, yang dirasmikan Pengerusi LPPKN, Datuk Alex Mathews serta turut hadiri Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman.


Forum itu disertai lebih 200 peserta terdiri wakil agensi kerajaan, kaunselor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa, penuntut universiti dan pelajar sekolah menengah.


Tiga lagi panel yang membentangkan kertas kerja ialah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zakaria Mat Yusoff serta Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia, Prof Madya Dr Mary Huang.


Katanya, program pendidikan itu diadakan bagi melengahkan hubungan seks di kalangan remaja selain memelihara dan memupuk kesihatan serta kemahiran yang diperlukan untuk hubungan yang bertanggungjawab.


Oleh Zalifah Mohd Yatim zalifah@hmetro.com.my
2010/03/19

Sunday, March 14, 2010

Jumpa awek punyalah segak!, tapi nak jumpa dengan Allah.....


Kambing lagi segak!.
Kebanyakan orang lelaki yang bersolat di masjid atau surau dilihat selekeh. Ada yang baju berkedut. Ada yang tak berkopiah. Ada yang seluar sebelah kiri dilipat. Sebelah kanan dibiar. Ada yang berbau busuk. Berbau rokok. Sedih melihat orang Muslim hari ini. Mereka seolah-olah tidak ikhlas datang untuk memenuhi seruan 'hayya ala solah'. Seolah-olah terpaksa. Orang yang menulis artikel ini,pun bukannya sempurna sangat. Tetapi berusaha mengubahnya dengan usaha yang tidak berbelah bagi.


Pagi-pagi bangun masuk ke tandas membersihkan diri. Syampoo bukan main. Sabun punya banyak sampai boleh buat 'world record'. Berpakaian dengan begitu kemas. Dengan 'tied in'. Rambut bersikat dengan begitu rapi, sehingga membuatkan awek-awek di luar sana tergoda. Alangkah baiknya jika beginilah cara mereka berhadapan dengan Allah ketika solat. Bayangkan betapa gembiranya Allah melihat hamba-hambanya begitu segak melangkah masuk ke dalam masjid hanya semata-mata untuk tunduk sujud kepada Sang Pencipta!.


Bila berjumpa awek, kenapa boleh bersiap begitu segak dengan dihiasi dengan minyak wangi yang boleh dibau sejauh 1 kilometer (haha tak dinafikan). Wah!. Awek tu pasti suka!. "Wah segaknya abang, barulah ayang suka camni..".. cuba kalau anda datang dengan kotor dan berbau busuk?. Apa pula reaksi si awek?.. "Lebih baik aku dating ngan kambing la wei, selekeh!". Sama lah juga apabila anda ke masjid atau menunaikan solat!. Anda datang untuk berhadapan dengan Allah dalam keadaan selekeh, bagaimana Allah memandangmu ketika itu?.


Kadang-kadang, imam dah masuk rakaat 'last'. Ha time tu la dia baru sampai nak berjemaah. Saya tak nafikan. Kadang-kadang ianya boleh dimaafkan kerana ada diantaranya lambat sampai, ke tandas atau hal-hal lain. Tetapi kalau boleh, cubalah berusaha untuk menepati masa solat bnerjemaah itu. Kalau anda dihubungi awek anda "Sayang, I lapar la, datanglah sini..". Eh hilang dah. Cepat pula pergi menyahut seruan awek tu. Saya nak taip artikel ni pun tak sempat. haha.


Kesimpulannya, hormatilah Allah sebagai Tuhan yang Mencipta. Jika anda malu berhadapan dengan awek dalam keadaan selekeh dan busuk. Begitulah juga apabila anda berhadapan dengan Allah!. Hormatlah Allah!. Utamakan seruannya daripada seruan-seruan sumbang lain, melainkan ianya betul2 mustahak. Maka ianya tidak ada masalah.


Artikel ini khas buat kaum Muslimin juga Muslimat. Yang Muslimat bolehlah sentiasa strict pada pakwe anda dalam hal seperti ini. Tegaslah dengan mereka dalam soal agama. Kalau mereka boleh bertegas dengan anda dalam banyak perkara. Takkan anda tak mampu bertegas dalam soal ini?.

Disediakan oleh :Thaqib ibn Shaker


*Dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini, tetapi perlu disertai dengan sumbernya, dan anda dilarang sama sekali untuk mengedit mana2 part kerana takut terdapat puak-puak yang ingin 'sabotaj' dan takut terjadinya salah faham. Syukran!.