Shadow Word generated at


Friday, December 31, 2010

Hebatkan ?
Bila kita sibuk mempelajari bahasa asing , ternyata kita sendiri tak sedar bahawa bahasa kita sedang dipelajari . MasyaAllah, apabila orang bukan Melayu yang memartabatkan bahasa Melayu . Apa mungkin Bahasa Melayu lenyap dalam 50 tahun mendatang ? Kalau lah bahasa Melayu masih dijawikan , bagaimana pandangan antarabangsa terhadap Melayu ? Mundurkah kita ? 

Lihat saja hari ini , bagaimana tulisan JAWI terhakis dalam masa 50 tahun. Namun , masih lagi yang tak menyedari hakikat akan hilangnya warisan yang tak ternilai dalam jiwa Melayu dek kerana ingin mengejar kehidupan yang moden . Bahasa melambangkan nilai bangsa .

TAKKAN HILANG MELAYU DIDUNIA !

Wednesday, December 29, 2010

SENJATA AKHIR ZAMAN(DOA)

*BERDOALAH KETIKA SENANG DAN SUSAH ~
Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT tapi kenapa banyak DUGAAN, 
kadang-kadang kita minta KETENANGAN tapi MASALAH yang timbul, 
kadang-kadang kita minta KEBAHGIAAN tapi KEKECEWAAN yang diberi. 
DUGAAN menjadikan kita KUAT, 
MASALAH menjadikan kita BERFIKIR, 
KEKECEWAAN menjadikan kita TABAH..." 
Hebatnya ALLAH swt..Semuanya ada hikmah. 
Kalaulah manusia tahu hadis ini: "Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka ALLAH swt menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya)..." (Diriwayatkan oleh Anas bin Malik) 
SELAMAT MENEMPUHI TAHUN 2011,

Monday, December 6, 2010




Fikir Mencari Prinsip :

a. Memberilah,nescaya hatimu akan tenang..
Memberilah apa yang kau miliki..harta,ilmu, kepakaran,masa dan tenaga bahkan senyuman dan kata-kata doa yang baik..nescaya hatimu akan tenang dan gembira..jadikanlah prinsip hidupmu : "Erti hidup pada memberi"
..nescaya kau kan dikasihi penduduk di langit dan di bumi.InsyaAllah.

b. Berubahlah..
paksa dirimu berubah lebih baik Orang berjaya ialah orang yang berjaya mengawal dirinya..halakan dirimu ke arah kejayaan..
kejayaan dalam pelajaran, bisnes, pekerjaan dan sebagainya. Tetapkan target sasaran dan matlamat, kemudian paksa dirimu bekerja ke arahnya..
"orang beruntung ialah yang hari ini lebih baik dari semalam.."
"berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian"
"kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya"
"memulakan sesuatu itu adalah hebat, tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat"
kesimpulannya cara yang terbaik untuk menggerakkan diri anda ialah dengan memberikan tugas yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


"Teladan orang-orang yang bercinta adalah Baginda Nabi. Cinta sejati adalah cintanya sepasang pengantin yang telah diredhai Tuhan dan didoakan seratus ribu malaikat penghuni langit. Tidak ada perpaduan kasih dan cinta lebih indah dari pernikahan."


12 Maksiat Hati:-


1.Buruk sangka terhadap Allah SWT.
2.Merasa aman daripada kemurkaan Allah SWT.
3.Putus asa dengan rahmat Allah SWT.
4.Bersifat takabbur sesama manusia.
5.Riak atau melakukan kebajikan dengan tujuan bermegah-megah.
6.Ujub atau berbangga dengan amal ibadat yang dilakukan.
7.Dengki dan dendam.
8.Berazam mengekali atau berazam sentiasa hidup dalam keadaan maksiat.
9.Sayang mengeluarkan harta untuk nafqah dan zakat.
10.Buruk sangka sesama manusia..
11.Menghina manusia lain tanpa kebenaran syarak.
12.Memberi sumbangan dan terlibat dalam perkara maksiat.

" Sesiapa yang menasihati saudaranya secara sembunyi,
sesungguhnya ia menasihati dan menimbangnya,
dan sesiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan,
sesungguhnya dia memalukan dan mencelanya. " - (Nasihat Imam Syafie)

Dalam kerendahan hati terserlah ketinggian budi,dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa..hidup ini indah andai segalanya kerana Allah….
Assalamualaikum wbt..buat sahabat sekalian..ku pohon maaf kepada smua atas segalanya samada sedar atau tak sedar, sengaja atau tak sengaja andai diri ini ada tersilap bicara terlanjur kata, lisan yg tak terjaga, janji yg terabai, hati yg berperasangka dan silap menduga dan sikap yang penah menyakitkan..ku mohon segalanya sebelum cahaya syurga padam, sebelum mata terpejam, sebelum hidup berakhir dan sebelum pintu taubat tertutup..Maafkan segala kekhilafan yang semestinya ada dalam diri ini...halalkn segalanya.. SALAM MAAL HIJRAH :D

Wednesday, November 24, 2010

Bersama menasihati:D

Jika kita mesti menunggu sampai seseorang itu bersih daripada dosa, barulah layak untuk menasihati manusia, maka tidak akan ada walau seorang pun di muka bumi ini yang layak untuk memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sal...lam.Seorang penyair pernah berkata,“Apabila seseorang yang melakukan dosa itu tidak menasihati manusia, maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad?”“Para ulama menyatakan bahawa tidak diwajibkan kepada orang yang menyuruh kepada kebaikan atau orang yang mencegah kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam semua perkara. Tetapi, dia mestilah sentiasa mengajak kepada kebaikan walaupun dia memiliki kekurangan dalam perkara yang dia ajak, dan dia mestilah sentiasa mencegah kemungkaran walaupun dia kadang-kadang melakukan apa yang dia larang. Sesungguhnya, wajib pada dirinya dua perkara, iaitu, mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mengajak orang lain ke arah kebaikan dan mencegah mereka daripada kemungkaran. Dia tidak boleh mengabaikan salah satu daripada dua perkara tersebut.”(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).Semoga kita termasuk dalam golongan yang selalu nasihat-menasihati ke arah kebaikan.

Sunday, August 29, 2010

Best Buy ..! colour your eidulfitri with AZ~ONE. QUICK & FRESH

Belum cuba,belum tau.. Produk berkualiti keluaran 100% bumiputera... jus minuman segar dalam 9 perasa... SEGAR, RINGKAS, dan CEPAT!!! xperlu campur air dn gula... hanya dicampur ais... amat membantu di bulan Ramadhan ini dan menjlang Aidilfitri... terdapat dlm 2 jenis ( 1 liter=RM5, 10 liter= rm 20) dptkn segera sementara stok masih ada!!!... Hubungi kami di ILTIZAM MARKETING... Wan 0135965776, Fahim 0134011195, Adib 0194889631...


stok 10liter=RM20 shja...
Laici 1liter=RM5
Mangga 1liter= RM5
Sarsi 1liter=RM5
Sirap Pandan 1liter= RM5
Asam Jawa 1liter= RM5
Anggur 1liter= rm5
Oren 1liter= RM5
Strawberry 1liter= RM5
Sirap Ros 1liter= RM5
ada 9 perasa...semuanya sedap2 belaka...pakat2 cuba..pakat2 rasa...

Wednesday, August 18, 2010

Lelaki terkena gangguan seksual juga ??? Oh pria... bagaimana bisa kita hindarinya ?





Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."(An-nur : 31)


“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)



p/s : Amatilah video ini . Semoga apa yang kita lihat ini , dapat kita ambil iktibar , amal dan sampaikan . Insyaallah .



Racun Kala Penawarnya

"Lima Jenis Racun dan Lima Jenis Penawarnya ....
  • 1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
  • 2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
  • 3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu adalah penawarnya
  • 4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
  • 5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Insyaallah sama-sama kita manfaatkan Ramadhan kali ini."

Thursday, April 15, 2010

Misi & Visi

Berusaha meraih husnul khotimah. InsyaAllah…aamiin… Pertama, jangan biarkan pintu hati kita terbuka untuk dimasuki kesenangan dunia. Kedua, jangan banyak berkhayal. Menggantungkan diri pada pucuk harapan dunia yang belum tentu mekar menjadi bunga kehidupan. Ketiga, berusahalah untuk tersenyum(membayangkan keindahan yang tak terperi)saat mendengar kata ”mati”. Keempat, milikilah persepsi yang benar tentang mati. Bahwa mati adalah pintu gerbang untuk bertemu Dia. Dan menikmati kehidupan setelah mati. Kelima, merenungkan pedihnya kematian yang datang secara tiba-tiba. Keenam, mengenang beratnya saat-saat sakaratul maut.Ketujuh, mengingat gelapnya alam kubur supaya mengingat bagaimana cara mendatangkan cahaya. Terakhir, yang kelapan, merenungkan dahsyatnya keadaan di hari pembalasan.
Wallahua'lam

Sunday, March 28, 2010

Cinta bersandarkan nafsu


KUALA LUMPUR: Matlamat cinta remaja lelaki tidak sama dengan remaja perempuan kerana ia bersandar keinginan seksual dan mahu menyahut cabaran rakan sebaya tetapi tidak sanggup bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Antara maklum balas yang diberikan remaja lelaki dalam kajian dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ke atas pelajar di lima sekolah menengah di negara ini, sekiranya teman wanita hamil, mereka akan menuduh kehamilan disebabkan perempuan itu mengadakan hubungan dengan lelaki lain, melarikan diri malah sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.


Sedangkan remaja perempuan beranggapan teman lelaki akan menjadi suami dan ia menyebabkan mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga tanpa mengetahui matlamat cinta remaja lelaki.


Pengarah Bahagian Reproduktif Manusia LPPKN, Dr Norliza Ahmad, berkata akibat kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam perhubungan antara wanita dan lelaki menyebabkan kes kehamilan turut membabitkan remaja perempuan yang mempunyai tahap akademik yang baik.


“Kes kehamilan di kalangan remaja turut membabitkan mereka yang mempunyai kelayakan akademik tinggi kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam soal berkenaan menyebabkan mereka gagal mengawal emosi dan tekanan terhadap perasaan dan akhirnya terperangkap,” katanya.


Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) Remaja LPPKN pada forum Konsultatif PKRS Apa Acuan Malaysia?, di sini semalam, yang dirasmikan Pengerusi LPPKN, Datuk Alex Mathews serta turut hadiri Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman.


Forum itu disertai lebih 200 peserta terdiri wakil agensi kerajaan, kaunselor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa, penuntut universiti dan pelajar sekolah menengah.


Tiga lagi panel yang membentangkan kertas kerja ialah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zakaria Mat Yusoff serta Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia, Prof Madya Dr Mary Huang.


Katanya, program pendidikan itu diadakan bagi melengahkan hubungan seks di kalangan remaja selain memelihara dan memupuk kesihatan serta kemahiran yang diperlukan untuk hubungan yang bertanggungjawab.


Oleh Zalifah Mohd Yatim zalifah@hmetro.com.my
2010/03/19

Sunday, March 14, 2010

Jumpa awek punyalah segak!, tapi nak jumpa dengan Allah.....


Kambing lagi segak!.
Kebanyakan orang lelaki yang bersolat di masjid atau surau dilihat selekeh. Ada yang baju berkedut. Ada yang tak berkopiah. Ada yang seluar sebelah kiri dilipat. Sebelah kanan dibiar. Ada yang berbau busuk. Berbau rokok. Sedih melihat orang Muslim hari ini. Mereka seolah-olah tidak ikhlas datang untuk memenuhi seruan 'hayya ala solah'. Seolah-olah terpaksa. Orang yang menulis artikel ini,pun bukannya sempurna sangat. Tetapi berusaha mengubahnya dengan usaha yang tidak berbelah bagi.


Pagi-pagi bangun masuk ke tandas membersihkan diri. Syampoo bukan main. Sabun punya banyak sampai boleh buat 'world record'. Berpakaian dengan begitu kemas. Dengan 'tied in'. Rambut bersikat dengan begitu rapi, sehingga membuatkan awek-awek di luar sana tergoda. Alangkah baiknya jika beginilah cara mereka berhadapan dengan Allah ketika solat. Bayangkan betapa gembiranya Allah melihat hamba-hambanya begitu segak melangkah masuk ke dalam masjid hanya semata-mata untuk tunduk sujud kepada Sang Pencipta!.


Bila berjumpa awek, kenapa boleh bersiap begitu segak dengan dihiasi dengan minyak wangi yang boleh dibau sejauh 1 kilometer (haha tak dinafikan). Wah!. Awek tu pasti suka!. "Wah segaknya abang, barulah ayang suka camni..".. cuba kalau anda datang dengan kotor dan berbau busuk?. Apa pula reaksi si awek?.. "Lebih baik aku dating ngan kambing la wei, selekeh!". Sama lah juga apabila anda ke masjid atau menunaikan solat!. Anda datang untuk berhadapan dengan Allah dalam keadaan selekeh, bagaimana Allah memandangmu ketika itu?.


Kadang-kadang, imam dah masuk rakaat 'last'. Ha time tu la dia baru sampai nak berjemaah. Saya tak nafikan. Kadang-kadang ianya boleh dimaafkan kerana ada diantaranya lambat sampai, ke tandas atau hal-hal lain. Tetapi kalau boleh, cubalah berusaha untuk menepati masa solat bnerjemaah itu. Kalau anda dihubungi awek anda "Sayang, I lapar la, datanglah sini..". Eh hilang dah. Cepat pula pergi menyahut seruan awek tu. Saya nak taip artikel ni pun tak sempat. haha.


Kesimpulannya, hormatilah Allah sebagai Tuhan yang Mencipta. Jika anda malu berhadapan dengan awek dalam keadaan selekeh dan busuk. Begitulah juga apabila anda berhadapan dengan Allah!. Hormatlah Allah!. Utamakan seruannya daripada seruan-seruan sumbang lain, melainkan ianya betul2 mustahak. Maka ianya tidak ada masalah.


Artikel ini khas buat kaum Muslimin juga Muslimat. Yang Muslimat bolehlah sentiasa strict pada pakwe anda dalam hal seperti ini. Tegaslah dengan mereka dalam soal agama. Kalau mereka boleh bertegas dengan anda dalam banyak perkara. Takkan anda tak mampu bertegas dalam soal ini?.

Disediakan oleh :Thaqib ibn Shaker


*Dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini, tetapi perlu disertai dengan sumbernya, dan anda dilarang sama sekali untuk mengedit mana2 part kerana takut terdapat puak-puak yang ingin 'sabotaj' dan takut terjadinya salah faham. Syukran!.