Shadow Word generated at


Thursday, December 31, 2009

"sy x tengok rupa awk, tapi hati awak" anda caye kata2 ni???

Saya tidak bermaksud untuk memperlekehkan atau menghina orang-orang lelaki pada hari ini, tetapi saya lebih suka bersikap berterus terang, jujur dan lebih terbuka dalam mengkritik atau memberikan pandangan dalam hal tertentu, apatah lagi sekiranya hal itu adalah hal yang benar dan realiti, yang memang terpampang berlaku di hadapan kita. Amat mustahillah untuk menafikannya. Pemikiran positif dan bersikap berlapang dada amatlah digalakkan dalam membincangkan isu-isu semasa bahkan apabila berhadapan dengan kritikan atau pendapat.

“Saya tak lihat pada rupa paras awak, tapi saya hanya lihat pada hati awak”. Inilah antara kata-kata yang masyhur yang sering diucapkan oleh para jejaka kepada si wanita. Saya tidak menafikan bahawa memang di dalam Islam, rupa paras bukanlah menjadi ukuran untuk menilai keperibadian seseorang, tetapi hati budi dan akhlaklah yang akan menghakimi dan menilai keperibadian seseorang itu.

Hakikatnya pada zaman kini, kata-kata tersebut hanyalah satu ‘propaganda’ atau ‘taktik’ bagi kebanyakan orang lelaki untuk memancing si wanita. Sememangnya kita mengetahui bahawa orang lelaki mempunyai sifat yang berbeza daripada orang wanita. Orang lelaki lebih sukakan kepada sesuatu yang dilihat cantik atau indah daripada segi luaran dan bukanlah dalaman, berbeza dengan orang wanita yang lebih melihat kepada dalaman daripada luaran. Lihatlah kebanyakan wanita hari ini bertemankan seorang lelaki yang kurang kacak atau bahasa sopan dan berterus terangnya; hodoh nak mampus haha. Kenapa hal ini berlaku?. Adakah buta si wanita tersebut?. Jawapannya tidak!. Mereka memilih lelaki tersebut bukanlah kerana rupa parasnya yang hodoh haha, tetapi mereka tertarik kerana kata-kata si lelaki tersebut yang membuatkan hatinya cair dan sikapnya yang bagi mereka ‘caring’ dan bersikap jujur. (hakikatnya sebab lelaki tu penuh poket!. Hahaha sorry terkantoikan.)

“Perghhh!, cun sial awek tu dowwwww”....”baik dowww awek tunye barang”. Ha..itulah antara kata-kata dajjal kebanyakan orang lelaki. Tetapi timbul persoalan untuk bagaimana mereka memancing si wanita tersebut. Adakah dengan berjubah dan berserban? (for sure minah tu lari). Adakah dengan membawa tasbih di tangan dengan diiringi mulut yang sentiasa berzikir? (dasar penipu). Macam-macam lagilah cara-cara dan idea-idea yang cuba dikerahkan oleh mereka untuk memancing si wanita diantaranya yang dilihat sebagai ‘remeh’ untuk kebanyakan orang wanita ialah pengucapan seperti “i tak lihat pada rupa u, u buruk ke, u cantik ke, i tak kisah, kerana hatilah yang akan memberikan jawapan yang jujur!”. Adakah anda boleh mempercayai kata-katanya?. Jawapannya ialah..........................YA!. Memang anda boleh mempercayai kata-katanya, tetapi anda perlu lihat kepada keperibadian dan akhlaknya yang membuatkan anda betul-betul yakin dan percaya kepadanya. Tetapi kalaulah si lelaki itu seorang yang bertindik, rambut punk, berseluar pendek dan berbaju bertulis benda-benda yang karut, adakah anda masih boleh mempercayainya?. Jawapannya ialah..........................TIDAK!. Tak sesuai langsung dengan kata-kata dia. Tetapi untuk kebanyakan wanita mungkin mereka akan mengatakan YA! Sekalipun yang sedang mengayat mereka adalah seorang mamak dan pekerja kilang, kenapa?!. Kerana poket mamak tu penuh dengan wang dan memandu sebuah kenderaan mewah iaitu motor kapcai. (gurl macam ni adalah mangkuk hayun, untuk lelaki yang berjiwa agama, tinggalkanlah wanita memalukan ini.) haha mesti dak pompuan panas gila bab kan?.
Seorang lelaki sekalipun kuat pegangannya pada agama, dia pasti juga tidak akan terlepas daripada melihat atau memilih wanita daripada rupa parasnya. Ini kerana seperti yang diterangkan tadi bahawa sifat atau naluri orang lelaki yang lebih suka melihat luaran daripada dalaman. Tidak ada masalah juga sekiranya kita mendengar ada di antara orang lelaki yang mengatakan begini; “Saya lebih utamakan adab, dan pegangan agama oleh wanita tersebut, tetapi saya juga melihat kepada rupa parasnya.” Kalau kita teliti kata-kata ini kita boleh melihat bahawa katanya untuk melihat kepada rupa paras bukanlah bermaksud si awek tu kena cun melecun, tetapi maksud sebenarnya ialah ‘sedap mata memandang’. Tidak cantik sangat, dan tidak buruk sangat.

Kesimpulan dalam penulisan saya ini ialah, kebanyakan orang wanita pada hari ini sudah banyak dipermainkan dan diperbodohkan oleh kebanyakan orang lelaki, jadi, orang wanita perlu bersikap lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga maruah diri anda. Penulisan ini khas kepada wanita yang ikhlas dalam menjaga maruah diri mereka. Kepada yang penggedik, sosial, dan kaki menjolok (sorry kasar), saya mendoakan supaya ALLAH membuka pintu hati dan memberi petunjuk kepada anda. Kepada orang lelaki pula, saya berharap agar kita bersama-sama menjadi pemimpin yang sering di sebut oleh Allah dan Rasulnya di muka bumi ini dan menjadi orang yang disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Ingatlah bahawa ini juga untuk diri saya yang masih banyak lagi belum dan perlu dibaiki. Sama-samalah kita terasa haha.

Wednesday, December 16, 2009

Pehimpunan Ilmu, Tarbiyah Dan Kepimpinan


IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09

OBJEKTIF :

  1. Menghimpunan pelajar Islam di seluruh Malaysia bagi menghubungkan silaturrahim di kalangan mereka
  2. Membentuk kesatuan fikrah islam untuk membina izzah Islam
  3. Menyedarkan peranan pelajar Islam bagi mengembalikan kegemilangan islam
  4. Melatih peserta untuk turun berdakwah dalam masyarakat dan bekerja untuk Islam.

KONSEP PROGRAM

1, Peserta sendiri berminat dan bersedia untuk ditarbiiyah, kawalan dan dorongan luar adalah sebagai pembimbing.

2. Tempat program berpusat di masjid . Adab dan tatatertib di masjid hendaklah di utamakan

3. Program tidak dikenakan bayaran. Sumbangan ikhlas itu lebih utama bagi membina budaya infak.

4. Tarbiyah aqidah, fikrah, ukhuwah dan rohani serta kerja dakwah diterapkan sepanjang program.

5. terbuka kepada pelajar 15 tahun ke atas

Keterangan lanjut hubungi : PENASIHAT PROGRAM CIKGU SUKARNO 019-5987842 sukarnohamid@yahoo.com

PENGARAH : - UST. NAJHI 0136044154 . SETIAUSAHA : Saudara Amin (bg peserta Muslimin ) – 013-4661669/ syababul_muslim91@yahoo.com.my , * Saudari Adilah (bg pserta Muslimat) -013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com

Wednesday, December 2, 2009

Aurats!

Assalamualaikum,

Saya menulis tentang ni sebenarnya untuk diri dan keluarga saya juga. Bukan saya berniat untuk menghina atau merendahkan wanita. Tapi, ianya penting untuk memberi kefahaman kepada mereka yang cetek tentang agama, khususnya tentang hukum hakam yang dipandang remeh kini. Perkara2 berginilah yang akan menjadi senjata orang kafir untuk menjatuhkan orang Islam. Perkara yang dipandang remeh, hakikatnya besar.

"Sampaikanlah walaupun satu ayat"..

Mungkin ada yang akan terasa atau tidak setuju. Tapi no problem, saya buat begini tak lain supaya kita memikirkan kesilapan dan membetulkan kesilapan kita dan menjadi orang yang lebih dekat dengan Allah.

Realiti hari ini, rata2 wanita yang mengaku Muslim tidak mempraktikkan ajaran Islam tu sendiri. Kebanyakan mereka hanyut dalam kehidupan duniawi. Haram Halal dipandang remeh. Antara perkara yang dipandang remeh ialah enggan menutup aurat.

“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang lahir. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka.” - (An-Nur: 31).

Ayat ni terang terangan memerintahkan kaum wanita Muslim yang sudah mukallaf supaya menutup aurat. Ayat ini umum pada semua wanita Muslim, tidak khusus kepada mana2 bangsa atau orang2 tertentu. Maka ianya adalah wajib.

Ingatlah, Allah menilai semua amalan sekalipun ianya sebesar biji sawi. Tidak ada alasan dalam menjalankan hukum Allah.

(Surah Luqman:16) "Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada di dalam bumi ataupun di langit, nescaya ALLAH TA`ALA akan mendatangkannya.".

Nauzubillah. Bayangkan sekalipun di dalam hati kita terdetik sesuatu yang tidak baik. Allah masih menilainya. Apatah lagi perkara2 yang besar seperti tidak menutup aurat.

Bayangkan. Kamu berada di luar dengan keadaan tidak menutup aurat. Kamu ke pasaraya membeli belah atau berjalan2 di luar. Berapa ramaikan orang lelaki yang melihat kamu ketika itu?. Bayangkan kalau kamu dilihat lebih dari 3000 orang lelaki dengan keadaan tidak menutup aurat. Kamu perlu menanggung dosa 2 kali ganda untuk setiap lelaki yang melihat kamu!.Ianya kerana:

1. Tidak menutup aurat
2. Membuatkan orang lelaki terangsang terhadap kamu.

Itu belum ditambah dengan dosa2 lain. Seperti dosa melawan cakap ibu bapa, dosa menipu, dosa tidak solat, dosa mengumpat dan lain2. Kemudian kamu menggandakan dosa kamu dengan meletakkan gambar2 kamu yang tidak menutup aurat ke dalam internet seperti di laman sosial myspace, friendster dan facebook. Berapa ramaikah lelaki yang melihat kamu?. Cuba tengok profile view, dah berapa ramai orang masuk dalam page dan melihat photo kamu?. Kalau ada 25,000 orang..pasti kebanyakannya orang lelaki.

Rugilah, sekalipun kamu sedang tidur lena tanpa membuat dosa, kamu tetap akan mendapat dosa 24 jam tanpa henti, kerana kamu membiarkan orang lelaki melihat auratmu. Bajet comel ke?? Sia-sia sajalah. Rugilah.

Mungkin kamu akan kata, Allah Maha Pengampun dan kamu boleh bertaubat bila dah tua. Tetapi persoalannya di sini, bagaimana kamu akan tahu kamu akan mati bila?. Bagaimana keadaanmu ketika mati itu?. Peluang hidup hanyalah sekali. Maka dimasa yang muda ini, kumpullah bekalan untuk di alam baqa' kelak.

Kesakitan sakaratul maut adalah teramat-teramat sakitnya, ibarat dipukul oleh pedang sekuat hati sebanyak 100 kali..

p/s : Lelaki pon sama jea. Jaga aurat tuhh.

Wallahulam...