Shadow Word generated at


Thursday, December 31, 2009

"sy x tengok rupa awk, tapi hati awak" anda caye kata2 ni???

Saya tidak bermaksud untuk memperlekehkan atau menghina orang-orang lelaki pada hari ini, tetapi saya lebih suka bersikap berterus terang, jujur dan lebih terbuka dalam mengkritik atau memberikan pandangan dalam hal tertentu, apatah lagi sekiranya hal itu adalah hal yang benar dan realiti, yang memang terpampang berlaku di hadapan kita. Amat mustahillah untuk menafikannya. Pemikiran positif dan bersikap berlapang dada amatlah digalakkan dalam membincangkan isu-isu semasa bahkan apabila berhadapan dengan kritikan atau pendapat.

“Saya tak lihat pada rupa paras awak, tapi saya hanya lihat pada hati awak”. Inilah antara kata-kata yang masyhur yang sering diucapkan oleh para jejaka kepada si wanita. Saya tidak menafikan bahawa memang di dalam Islam, rupa paras bukanlah menjadi ukuran untuk menilai keperibadian seseorang, tetapi hati budi dan akhlaklah yang akan menghakimi dan menilai keperibadian seseorang itu.

Hakikatnya pada zaman kini, kata-kata tersebut hanyalah satu ‘propaganda’ atau ‘taktik’ bagi kebanyakan orang lelaki untuk memancing si wanita. Sememangnya kita mengetahui bahawa orang lelaki mempunyai sifat yang berbeza daripada orang wanita. Orang lelaki lebih sukakan kepada sesuatu yang dilihat cantik atau indah daripada segi luaran dan bukanlah dalaman, berbeza dengan orang wanita yang lebih melihat kepada dalaman daripada luaran. Lihatlah kebanyakan wanita hari ini bertemankan seorang lelaki yang kurang kacak atau bahasa sopan dan berterus terangnya; hodoh nak mampus haha. Kenapa hal ini berlaku?. Adakah buta si wanita tersebut?. Jawapannya tidak!. Mereka memilih lelaki tersebut bukanlah kerana rupa parasnya yang hodoh haha, tetapi mereka tertarik kerana kata-kata si lelaki tersebut yang membuatkan hatinya cair dan sikapnya yang bagi mereka ‘caring’ dan bersikap jujur. (hakikatnya sebab lelaki tu penuh poket!. Hahaha sorry terkantoikan.)

“Perghhh!, cun sial awek tu dowwwww”....”baik dowww awek tunye barang”. Ha..itulah antara kata-kata dajjal kebanyakan orang lelaki. Tetapi timbul persoalan untuk bagaimana mereka memancing si wanita tersebut. Adakah dengan berjubah dan berserban? (for sure minah tu lari). Adakah dengan membawa tasbih di tangan dengan diiringi mulut yang sentiasa berzikir? (dasar penipu). Macam-macam lagilah cara-cara dan idea-idea yang cuba dikerahkan oleh mereka untuk memancing si wanita diantaranya yang dilihat sebagai ‘remeh’ untuk kebanyakan orang wanita ialah pengucapan seperti “i tak lihat pada rupa u, u buruk ke, u cantik ke, i tak kisah, kerana hatilah yang akan memberikan jawapan yang jujur!”. Adakah anda boleh mempercayai kata-katanya?. Jawapannya ialah..........................YA!. Memang anda boleh mempercayai kata-katanya, tetapi anda perlu lihat kepada keperibadian dan akhlaknya yang membuatkan anda betul-betul yakin dan percaya kepadanya. Tetapi kalaulah si lelaki itu seorang yang bertindik, rambut punk, berseluar pendek dan berbaju bertulis benda-benda yang karut, adakah anda masih boleh mempercayainya?. Jawapannya ialah..........................TIDAK!. Tak sesuai langsung dengan kata-kata dia. Tetapi untuk kebanyakan wanita mungkin mereka akan mengatakan YA! Sekalipun yang sedang mengayat mereka adalah seorang mamak dan pekerja kilang, kenapa?!. Kerana poket mamak tu penuh dengan wang dan memandu sebuah kenderaan mewah iaitu motor kapcai. (gurl macam ni adalah mangkuk hayun, untuk lelaki yang berjiwa agama, tinggalkanlah wanita memalukan ini.) haha mesti dak pompuan panas gila bab kan?.
Seorang lelaki sekalipun kuat pegangannya pada agama, dia pasti juga tidak akan terlepas daripada melihat atau memilih wanita daripada rupa parasnya. Ini kerana seperti yang diterangkan tadi bahawa sifat atau naluri orang lelaki yang lebih suka melihat luaran daripada dalaman. Tidak ada masalah juga sekiranya kita mendengar ada di antara orang lelaki yang mengatakan begini; “Saya lebih utamakan adab, dan pegangan agama oleh wanita tersebut, tetapi saya juga melihat kepada rupa parasnya.” Kalau kita teliti kata-kata ini kita boleh melihat bahawa katanya untuk melihat kepada rupa paras bukanlah bermaksud si awek tu kena cun melecun, tetapi maksud sebenarnya ialah ‘sedap mata memandang’. Tidak cantik sangat, dan tidak buruk sangat.

Kesimpulan dalam penulisan saya ini ialah, kebanyakan orang wanita pada hari ini sudah banyak dipermainkan dan diperbodohkan oleh kebanyakan orang lelaki, jadi, orang wanita perlu bersikap lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga maruah diri anda. Penulisan ini khas kepada wanita yang ikhlas dalam menjaga maruah diri mereka. Kepada yang penggedik, sosial, dan kaki menjolok (sorry kasar), saya mendoakan supaya ALLAH membuka pintu hati dan memberi petunjuk kepada anda. Kepada orang lelaki pula, saya berharap agar kita bersama-sama menjadi pemimpin yang sering di sebut oleh Allah dan Rasulnya di muka bumi ini dan menjadi orang yang disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Ingatlah bahawa ini juga untuk diri saya yang masih banyak lagi belum dan perlu dibaiki. Sama-samalah kita terasa haha.

3 comments:

Hamba Allah said...

Assalamualaikum...

Syabas kpd anda pengeluarkan post sebegini.. Dan Terima Kasih juga atas doanya.. Mudah2an Allah memperkenankan..Amin..

lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan ...
... Adam tetap
rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
itu ...
... bayangan
yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh
...
... .
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka akan semakin ...
...
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaannya selembut sutera...
...
... kelembutan bukan
satu kelemahan.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti ...
... akan terhibur dan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan ...
... menjadi semakin bengkok
Itulah akibat wanita tidak kenal Tuhannya

Bila wanita ...
... resah

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
" ...
... ...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya..... ...



Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam

Adib Mahmoud said...

congrate bro ! keep it ip !

muslimah said...

salam,,,,syabas kepada anta,,,ayat yang anta gunakan mungkin sedikit kasar tetapi itulah hakikat remaja sekarang.....tahniah,,,,