Shadow Word generated at


Wednesday, December 2, 2009

Aurats!

Assalamualaikum,

Saya menulis tentang ni sebenarnya untuk diri dan keluarga saya juga. Bukan saya berniat untuk menghina atau merendahkan wanita. Tapi, ianya penting untuk memberi kefahaman kepada mereka yang cetek tentang agama, khususnya tentang hukum hakam yang dipandang remeh kini. Perkara2 berginilah yang akan menjadi senjata orang kafir untuk menjatuhkan orang Islam. Perkara yang dipandang remeh, hakikatnya besar.

"Sampaikanlah walaupun satu ayat"..

Mungkin ada yang akan terasa atau tidak setuju. Tapi no problem, saya buat begini tak lain supaya kita memikirkan kesilapan dan membetulkan kesilapan kita dan menjadi orang yang lebih dekat dengan Allah.

Realiti hari ini, rata2 wanita yang mengaku Muslim tidak mempraktikkan ajaran Islam tu sendiri. Kebanyakan mereka hanyut dalam kehidupan duniawi. Haram Halal dipandang remeh. Antara perkara yang dipandang remeh ialah enggan menutup aurat.

“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang lahir. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka.” - (An-Nur: 31).

Ayat ni terang terangan memerintahkan kaum wanita Muslim yang sudah mukallaf supaya menutup aurat. Ayat ini umum pada semua wanita Muslim, tidak khusus kepada mana2 bangsa atau orang2 tertentu. Maka ianya adalah wajib.

Ingatlah, Allah menilai semua amalan sekalipun ianya sebesar biji sawi. Tidak ada alasan dalam menjalankan hukum Allah.

(Surah Luqman:16) "Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada di dalam bumi ataupun di langit, nescaya ALLAH TA`ALA akan mendatangkannya.".

Nauzubillah. Bayangkan sekalipun di dalam hati kita terdetik sesuatu yang tidak baik. Allah masih menilainya. Apatah lagi perkara2 yang besar seperti tidak menutup aurat.

Bayangkan. Kamu berada di luar dengan keadaan tidak menutup aurat. Kamu ke pasaraya membeli belah atau berjalan2 di luar. Berapa ramaikan orang lelaki yang melihat kamu ketika itu?. Bayangkan kalau kamu dilihat lebih dari 3000 orang lelaki dengan keadaan tidak menutup aurat. Kamu perlu menanggung dosa 2 kali ganda untuk setiap lelaki yang melihat kamu!.Ianya kerana:

1. Tidak menutup aurat
2. Membuatkan orang lelaki terangsang terhadap kamu.

Itu belum ditambah dengan dosa2 lain. Seperti dosa melawan cakap ibu bapa, dosa menipu, dosa tidak solat, dosa mengumpat dan lain2. Kemudian kamu menggandakan dosa kamu dengan meletakkan gambar2 kamu yang tidak menutup aurat ke dalam internet seperti di laman sosial myspace, friendster dan facebook. Berapa ramaikah lelaki yang melihat kamu?. Cuba tengok profile view, dah berapa ramai orang masuk dalam page dan melihat photo kamu?. Kalau ada 25,000 orang..pasti kebanyakannya orang lelaki.

Rugilah, sekalipun kamu sedang tidur lena tanpa membuat dosa, kamu tetap akan mendapat dosa 24 jam tanpa henti, kerana kamu membiarkan orang lelaki melihat auratmu. Bajet comel ke?? Sia-sia sajalah. Rugilah.

Mungkin kamu akan kata, Allah Maha Pengampun dan kamu boleh bertaubat bila dah tua. Tetapi persoalannya di sini, bagaimana kamu akan tahu kamu akan mati bila?. Bagaimana keadaanmu ketika mati itu?. Peluang hidup hanyalah sekali. Maka dimasa yang muda ini, kumpullah bekalan untuk di alam baqa' kelak.

Kesakitan sakaratul maut adalah teramat-teramat sakitnya, ibarat dipukul oleh pedang sekuat hati sebanyak 100 kali..

p/s : Lelaki pon sama jea. Jaga aurat tuhh.

Wallahulam...

1 comment:

muslimah said...

assalamualaikum,,,post anta berkenaan aurat ni bagus,,,anta memberi contoh tentang keadaan sekeliling yang amat tepat dengan kehidupan remaja sekarang,,,tahniah,,,teruskan usaha anta,,,